0
orang Komen entry saya.

Jom kenali Bangsa Sungai

Orang Sudi Baca entry saya..tq.
 
Bangsa Sungai adalah antara suku kaum ataupun etnik yang terdapat di Negeri Sabah. Suku kaum ini banyak terdapat di Daerah Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Tongod, Pitas, Membakut, Sugut dan Paitan. Etnik ini tergolong di dalam gugusan kaum Kadazan-Dusun disebabkan perkongsian adat resam dan bahasa yang hampir sama. 

Terdapat 30 suku kaum bangsa Sungai yang terdapat di seluruh Negeri Sabah. Antaranya adalah Idahan, Milian, Liwago, Begahak, Bengkoka, Bulud Upi, Dewara, Dumpas, Inokang, Kalabuan, Kuamut, Lingkabau, Makiang, Mangkaak, Minokok, Paitan, Pingas, Puawang, Rumanau, Segilitan, Sinobu, Sinorope, Subpan, Sugud, Sukang, Suyat, Tambangan, Tengara, Tinagas dan Tindakon.


Menurut temubual saya bersama masyarakat suku kaum Sungai, Istilah bangsa "Orang Sungai" ini telah diberikan oleh seorang penjajah British pada masa dahulu sebelum kemerdekaan dicapai. Penamaan "Orang Sungai" telah terdetik dibibir beliau setelah melihat ramai penduduk kampung yang tinggal di kawasan berhampiran Sungai Kinabatangan.


Orang Sungai juga memiliki adat resam tersendiri seperti suku kaum lain yang terdapat di  Negeri Sabah. Bagi Orang Sungai yang beragama islam, terdapat adat istiadat yang bercanggah dengan ajaran islam telah ditinggalkan. Mereka telah mengasimilasi adat orang Melayu dan telah mengamalkannya sekian lama seperti adat perkahwinan, berkhatan, akikah dan sebagainya. Oleh itu tidak hairanlah pada masa kini, bahawa adat resam suku kaum ini tidak jauh bezanya dengan suku kaum Melayu di Semenanjung Malaysia. Walaubagaimanapun, terdapat juga adat-adat yang masih dikekalkan untuk dijadikan teladan dan pengajaran warisan anak bangsa pada masa akan datang.


Perkahwinan campur turut menggabungkan sekaligus mempengaruhi budaya dan adat kaum sungai. Dari segi paras rupa, etnik in mudah dikenali dengan bentuk mata yang kecil ataupun sepet serta hidung yang kurang mancung dan berkulit sedikit cerah persis keturunan cina. 


Tarian Orang Sungai seperti Titikas, Berunsai dan Tarian Gabang juga sering di persembahkan di majlis-majlis rasmi ataupun majlis perkahwinan di Sabah. Hubungan Orang Sungai dengan kaum-kaum pribumi Sabah yang lain juga adalah amat baik dan tidak hairanlah masyarakat di sabah ini boleh hidup dibawah satu bumbung walaupun terdapat perbezaan agama dan bangsa.




Pakaian Tradisi Semasa Pertunjukan Tarian Saputangan


Pakaian Tradisi yang digunakan semasa persembahan Tarian Titika


Dari segi Agama, majotiti pribumi berbangsa sungai adalah beragama Islam. Sebahagian daripadanya adalah beragama Kistian dan Pagan (tiada Kepercayaan).


Dalam aspek kegiatan dan ekonomi, Orang Sungai memang dikenali sebagai pengeluar sarang burung sehingga ke luar negara (China) sejak dari pemerintahan British lagi. Sehingga kini, kegiatan ekonomi tersebut masih diteruskan terutamanya di bahagian Sukau, Kinabatangan yang mana terdapat Gua Gomantong dan Gua Madai yang telah menjadi pusat pengeluar sarang burung serta pusat pelancongan yang menarik.


Orang Sungai tidak lagi mundur dan tidak lagi ketinggalan zaman seperti masa dahulu. Selepas era 1980-an, ramai dikalangan anak-anak muda orang sungai telah melanjutkan pengajian tinggi didalam dan luar negara. Malah, terdapat daripada Orang Sungai yang telah menjadi  pemimpin dan wakil rakyat, memegang jawatan tertinggi di sektor awam mahupun swasta, menjadi usahawan berjaya serta menjadi pakar ilmuan.


Kemanisan suku kaum sungai boleh dirasai dengan mengenali hati budi mereka. Kekuatan dan  sifat bersatu padu dikalangan Orang Sungai telah mencetuskan idea kepada golongan belia untuk menubuhkan Persatuan Bangsa Sungai (SABAS). Tahniah dan Syabas kepada Orang Sungai!


    --Pesanan--
  • Kenalilah adat dan budaya suku kaum anda
  • Setiap maklumat yang diberikan adalah diolah berdasarkan carian info di media elektronik dan temubual bersama masyarakat setempat disekitar Daerah Kinabatangan. 
Creadit To  http://daezan.blogspot.com/2011/06/bangsa-sungai-di-sabahanda-tahu.html




0 org sayang Ibu mereka :) :):