0
orang Komen entry saya.

Aku Menang Pendrive Kingston Data Travell 8GB-Sempena Pembukaan BPCP e-Shoppe

Orang Sudi Baca entry saya..tq.
 
*
*
*
Gumbira rasa hati sebab email Personal ku dah dapat buka semalam..sebelum ni balikbalik mo buka nda bole jak..WRONG PASWORD kunuk..tapi semalam log in guna pasword yg sma bole plak login..ermmm...
Tapi ada perkara yg lagi MENGUMBIRAKAN lagi hati ni,semalam, ku cek email & tebaca la aku 1 email ni mengatakan aku menang contest buat slogan sempena pembukaan BPCP e-Shoppe di www.bpbpeshoppe.muncom.com..wahhhh...gumbira nda terhingga bah kunuk aku ni..hehehehe... & hadiah yg aku dapat-->> Pendrive Kingston Data Travell 8GB...nahh,,mahal tu jo klu kamu beli di kedai..Kau ada??hahahah....
Ba ok2 la..pinggang ku pun sakit suda ni..mau baringbaring dulu menikmati hari hujan yg renyai2 ni sambil makan coklat Cloud 9..ermm sodap.. :)

P/S= Rezeki anak datang perlahan-lahan...Syukur Alhamdullilah..Lepas ni klu ikut contest mungkin bole dapat kereta lagi plak...ahhahaha...
0
orang Komen entry saya.

Jom kenali Bangsa Sungai

Orang Sudi Baca entry saya..tq.
 
Bangsa Sungai adalah antara suku kaum ataupun etnik yang terdapat di Negeri Sabah. Suku kaum ini banyak terdapat di Daerah Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Tongod, Pitas, Membakut, Sugut dan Paitan. Etnik ini tergolong di dalam gugusan kaum Kadazan-Dusun disebabkan perkongsian adat resam dan bahasa yang hampir sama. 

Terdapat 30 suku kaum bangsa Sungai yang terdapat di seluruh Negeri Sabah. Antaranya adalah Idahan, Milian, Liwago, Begahak, Bengkoka, Bulud Upi, Dewara, Dumpas, Inokang, Kalabuan, Kuamut, Lingkabau, Makiang, Mangkaak, Minokok, Paitan, Pingas, Puawang, Rumanau, Segilitan, Sinobu, Sinorope, Subpan, Sugud, Sukang, Suyat, Tambangan, Tengara, Tinagas dan Tindakon.


Menurut temubual saya bersama masyarakat suku kaum Sungai, Istilah bangsa "Orang Sungai" ini telah diberikan oleh seorang penjajah British pada masa dahulu sebelum kemerdekaan dicapai. Penamaan "Orang Sungai" telah terdetik dibibir beliau setelah melihat ramai penduduk kampung yang tinggal di kawasan berhampiran Sungai Kinabatangan.


Orang Sungai juga memiliki adat resam tersendiri seperti suku kaum lain yang terdapat di  Negeri Sabah. Bagi Orang Sungai yang beragama islam, terdapat adat istiadat yang bercanggah dengan ajaran islam telah ditinggalkan. Mereka telah mengasimilasi adat orang Melayu dan telah mengamalkannya sekian lama seperti adat perkahwinan, berkhatan, akikah dan sebagainya. Oleh itu tidak hairanlah pada masa kini, bahawa adat resam suku kaum ini tidak jauh bezanya dengan suku kaum Melayu di Semenanjung Malaysia. Walaubagaimanapun, terdapat juga adat-adat yang masih dikekalkan untuk dijadikan teladan dan pengajaran warisan anak bangsa pada masa akan datang.


Perkahwinan campur turut menggabungkan sekaligus mempengaruhi budaya dan adat kaum sungai. Dari segi paras rupa, etnik in mudah dikenali dengan bentuk mata yang kecil ataupun sepet serta hidung yang kurang mancung dan berkulit sedikit cerah persis keturunan cina. 


Tarian Orang Sungai seperti Titikas, Berunsai dan Tarian Gabang juga sering di persembahkan di majlis-majlis rasmi ataupun majlis perkahwinan di Sabah. Hubungan Orang Sungai dengan kaum-kaum pribumi Sabah yang lain juga adalah amat baik dan tidak hairanlah masyarakat di sabah ini boleh hidup dibawah satu bumbung walaupun terdapat perbezaan agama dan bangsa.




Pakaian Tradisi Semasa Pertunjukan Tarian Saputangan


Pakaian Tradisi yang digunakan semasa persembahan Tarian Titika


Dari segi Agama, majotiti pribumi berbangsa sungai adalah beragama Islam. Sebahagian daripadanya adalah beragama Kistian dan Pagan (tiada Kepercayaan).


Dalam aspek kegiatan dan ekonomi, Orang Sungai memang dikenali sebagai pengeluar sarang burung sehingga ke luar negara (China) sejak dari pemerintahan British lagi. Sehingga kini, kegiatan ekonomi tersebut masih diteruskan terutamanya di bahagian Sukau, Kinabatangan yang mana terdapat Gua Gomantong dan Gua Madai yang telah menjadi pusat pengeluar sarang burung serta pusat pelancongan yang menarik.


Orang Sungai tidak lagi mundur dan tidak lagi ketinggalan zaman seperti masa dahulu. Selepas era 1980-an, ramai dikalangan anak-anak muda orang sungai telah melanjutkan pengajian tinggi didalam dan luar negara. Malah, terdapat daripada Orang Sungai yang telah menjadi  pemimpin dan wakil rakyat, memegang jawatan tertinggi di sektor awam mahupun swasta, menjadi usahawan berjaya serta menjadi pakar ilmuan.


Kemanisan suku kaum sungai boleh dirasai dengan mengenali hati budi mereka. Kekuatan dan  sifat bersatu padu dikalangan Orang Sungai telah mencetuskan idea kepada golongan belia untuk menubuhkan Persatuan Bangsa Sungai (SABAS). Tahniah dan Syabas kepada Orang Sungai!


    --Pesanan--
  • Kenalilah adat dan budaya suku kaum anda
  • Setiap maklumat yang diberikan adalah diolah berdasarkan carian info di media elektronik dan temubual bersama masyarakat setempat disekitar Daerah Kinabatangan. 
Creadit To  http://daezan.blogspot.com/2011/06/bangsa-sungai-di-sabahanda-tahu.html




0
orang Komen entry saya.

Perkahwinan Dan Pertunangan Kaum Sungai Daerah labuk Sugut Beluran

Orang Sudi Baca entry saya..tq.
*
*
*
*

PIHAK LELAKI MENCARI JODOH
Langkah pertama pihak lelaki memberi isyarat kepada pihak keluarga perempuan dengan memberi samada Air,Kayu,Jenis barangan dapur,Pakaian atau jenis alat solek sebanyak 2 kali, maka masuk ke3 kali pihak keluarga perempuan akan bertanya kepada pihak keluarga lelaki samada barang yang diberikan itu adalah sekadar sedekah sebagai keluarga atau ada tujuan.Jika sekiranya sipemberi(lelaki)tidak ada tujuan cuma sekadar suka-suka sahaja maka pihak keluarga perempuan akan melaporkan kepada ketua kampung dan pihak lelaki akan dijatuhkan hukuman denda nilai 2gong,pertama kemaluan siperempuan dan kedua kemaluan pihak ibubapa perempuan nilai wang RM20 setiap satu gong.Tujuan denda tersebut ialah supaya mana-mana pihak lelaki tidak memperkecil-kecilkan anak gadis dan keluarganya yang ada disesuatu kampung.
Sebaliknya jika pihak lelaki tersebut memang ada tujuan iaitu ingin merisik/meminang maka pihak lelaki kena memberi satu ekor ayam yang cukup besar sebagai tanda menghormati kesucian gadis yang bakal dilamar.
Jika pihak perempuan mendapati ada lelaki yang memberi sesuatu yang boleh dijangka bermaksud ingin merisik tetapi pihak perempuan dan keluarga ibubapa tidak setuju dengan pihak keluarga lelaki,maka pihak keluarga perempuan cepat-cepat mengambil tindakan iaitu mengembalikan apa sahaja yang diberikan,kalau bukan ibubapa maka lantik satu wakil untuk melakukanya.
Sekiranya cukup 3hari,barang-barang pemberian itu tidak dikembalikan maka pihak lelaki akan merisik iaitu melantik 2orang wakil untuk merisik iaitu mengahantar wang sebanyak RM20 tujuannya menentukan samada pihak keluarga perempuan bersetuju atau tidak.Adakah lelaki lain yang lebih dulu merisik dan setelah genap 3hari tidak dikembalikan wang risikan tersebut maka proses meminag akan diadakan iaitu pihak lelaki akan memanggil wakil merisik tersebut dan beberapa orang untuk menyempurnakanya.
Barang-barang meminag yang harus disediakan:
1.Buka Mulut RM20.
2.Sebeg pakaian lelaki-ditinggalkan di rumah perempuan selama bertunang.
3.Sebuah parang bersarung
4.Golong kawat.
5.Sebentuk cincin.
ADAT SEMASA NAIK MEMINANG
Rombongan meminang 7 atau 3 orang dan bungkusan tersebut dipegang oleh timbalan atau ketua rombongan secara amanah kerana bungkusan tersebut tidak boleh diampai atau diletakkan di atas lantai sehingga proses meminang tersebut selesai barulah bungkusan tersebut boleh diletakkan dihadapan ibu dan ayah sigadis. Langkah pertama apabila rombongan pihak lelaki sampai di rumah pihak perempuan maka ketua rombongan akan menyerahkan wang buka mulut sebanyak RM20 barulah pihak ibubapa perempuan boleh membenarkan proses bercerita mengenai maksud kedatangan rombongan tersebut.Setelah itu proses perbincangan akan bermula.
Pihak perempuan akan bertanyakan kepada pihak keluarga perkara-perkara yang boleh dibangkitkan contohnya seperti Nazar berapa permintaan pihak perempuan jika jika ada nazar dari pihak perempuan berapa-berapa jumlah yang diminta mestilah ditunaikan secara serta merta dan tidak boleh ditangguh-tangguhkan atau dihutang,begitu juga dengan keluarga yang tidak dapat hadir kerana sesuatu masalah terpaksalah diganti dengan wang RM20 tiap seorang.Semua wang nazar dan wang ganti sebagai menghormati keluarga perempuanyang tidak dapat hadir.Ini jika berlaku sesuatu dan pihak lelaki tidak jadi kahwin maka ianya tidak boleh dikembalikan dan dikira sebagai buang laut.
Setelah habis perbincangan pihak perempuan dan semua nazar dan wang ganti keluarga tidak dapat hadir sudah ditunaikan maka pihak keluarga perempuan akan membentangkan jumlah permintaan contoh wang tunai RM5000 tidak termasuk rumah baru,lembu dan kelengkapan set tidur pihak perempuan.Jika permintaan tersebut telah dipersetujui bersama maka pihak perempuan akan menghuraikan semua keburukan dan kebaikan semua keluarga pihak perempuan jika telah dipersetujui maka semua perkara yang dianggap tahlik akan didokumenkan dan disimpan bersama oleh kedua-dua pihak untuk rujukan bersama.
Selepas itu,perbincangan tempoh pertunangan sama ada kahwin serta merta atau bertempoh tiga bulan apabila sampai masanya pihak lelaki akan bertemu dengan pihak perempuan  untuk mengunjuk wang permintaan tersebut, tetapi jika wang belum cukup tempoh 3 bulan akan diberikan dan jika sudah 2 kali bertempoh tidak cukup wang juga maka terpulang kepada budi bicara pihak perempuan samada diselesaikan dengan hutang atau terus diputuskan pertunangan.
Tempoh bertunang ini sebenarnya tidak terikat dengan hari yang ditetapkan jika pihak lelaki telah dapat mengumpul permintaan pihak perempuan maka bila-bila masa sahaja pihak lelaki boleh membincangkan perkara perkahwinan ini dan boleh dipercepatkan daripada tempoh perjanjian dan jika telah dipersetujui bersama maka kedua2 pihak akan menetapkan tarikh sebenar perkahwinan dengan mengambil kira waktu atau hari yang terbaik mengikut adat dan berpandu kepada sunah nabi.
Adat sepanjang tempoh pertunangan
* Lelaki naik meminang kemudian memutuskan tunang dengan tidak ada masalah.Hukumnya kena  memberi kemaluan satu Gong atau abos,dan ketetakan satu gong(denda serta merta memutuskan tunang.
* Dalam masa pertunangan antara lelaki dan perempuan jika ada lelaki lain yang mengganggu pertunangan itu sehingga pertunangan itu terpaksa diputuskan,maka lelaki yang menggangu itu kena hukum satu agong,kemaluan satu gong dan semua jumlah kerugian dalam masa pertunagan itu lelaki yang menggangu itu kena membayar balik dan yang sipenggangu tersebut tidak boleh kahwin dengan perempuan tersebut.
* Tidak boleh menggunting rambut bagi lelaki dan perempuan yang bertunanag kecuali dengan izin siperempuan atau silelaki atau ahli keluarga masing-masing,kalau terlanggar adat ini mana-mana yang bersalah kena sogit(Kelumbigi).
* Tidak boleh pergi ditempat keramaian bagi yang bertunang kecuali dengan izin si tunang  atau ahli keluarga.

MALAM BERINAI(BERLIMBUN)

Pihak lelaki dan perempuan sama-sama bermuafakat jam berapa waktu subuh-subuh melangsungkan upacara mandi berlimbun.Disinilah mak andam kedu-dua pihak membacakan jampi mentera membuang sial dan memohon kebaikan dan murah rezeki kepada pengantin.Malam berinai ini dimulakan dengan upacara menyimpan atau memandikan bedak kepada pengantin dan menyimpan inai dijari tangan dan kaki.
Masa pengantin lelaki naik kerimah pengantin perempuan sebaik-baiknya selepas tengah hari iaitu kira2 jam2 petang hingga jam4 petang.Semasa pengantin lelaki naik perkara-perkara yang perluh disediakan ialah regi-regian atau puketian iaitu alat barangan dapur seperti kuali,pinggan,mangkuk,sudu,kuali kecil(kokompoh)dan gelang leher(manik-manik)semua peralatan dapur mestilah jenis kaca atau yang mudah pecah ,kelengkapan ini ialah kepala buruh atau kepala berian.
Setelah pihak telah sampai dikawasan rumah perempuan pihak perempuan memberi denda kepada pihak lelaki iaitu membuat perarakan rombongan tiga kali pusing atau tujuh kali pusing,berpusing dikelilig rumah pengantin perempuan.Sesuda itu diperesilakan naik kerumah.Pihak perempuan menyediakan sebilah parang,sebuah dulang (talam) yang diisi dengan darah ayam untuk dipijak oleh pengantin lelaki sebagai tanda merestui perkahwinan itu,bersama itu juga mak andam akan menaburkan beras kunyit kepada pengantin lelaki dan rombongan.
Selepas iajbkabul telah disempurnakan oleh tuan imam,sapu tangan yang digunakan semasa akad nikah pihak lelaki(pengantin) masuk kebilik pengantin perempuan kemudian saputangan tersebut dipusingkan sebanyak 3kali pusing di atas kepala pengantin perempuan dan melepaskan saputangan tersebut tepat diatas telapak tangan perempuan dan pengantin perempuan menyambutnya sebagai tanda rela menerima lelaki tersebut sebagai suami yang sah disisi undang-undang (istilah mengambil).Sebelum itu lelaki tidak boleh melepaskan saputangan tersebut selepas akad nikah sebelum membatalkan akad nikah tersebut.
Semasa pengantin lelaki masuk kebilik perempuan mak andam pengantin perempuan akan meminta rantar kaput(sebilah pisau) dan Singkab Lawang sebanyak 1 pisau dan Rm50 tetapi,jika pengantin perempuan janda atau balu(Rantar Kaput sudah tidak ada lagi),setelah selesai upacara membatal dan memusing dilangsungkan didalam bilik pengantin perempuan,pihak pengantin lelaki boleh mewakilkan kepada mak andam untuk memusing pihak perempuan.
Selepas itu barulah upacara bersanding.Berian bagi wanita atau darah ialah RM80 bagi zaman dahulu zaman sekarang RM100 manakala bagi janda atau balu RM40 bagi zaman dahulu dan RM80 pada zaman sekarang.Tidak termasuk undang-undang MUIS dan imam.

UPACARA MUTINGKUANG

Sebelum kedua-dua pengantin naik kerumah pengantin lelaki,perkara-perkara yang mesti ditunaikan oleh pihak lelaki ialah pertama Langkah Selang(langkah laut)sebuah Gadur(jenis barang tembaga),kedua Keseruangan(keizinan masuk kerumah lelaki)satu tembaga,Ingkag(parang yang disimpan pada muka pintu),sebilah parang ketegowongan sebuah tembaga,Gadur atau Selapa(tapak sirih),sebuah talam bersama dengan darah ayam,beras kuning dengan ambiau,tebu untuk tujuan sogit.
Pengantin lelaki dan perempuan tidak boleh bermalam dirumah lelaki,mesti balik dirumah pihak pengantin perempuan sebelum waktu subuh,hukumnya (dalilnya)pengantin tidak aman damai dan pendek umur.



Sumber daripada Mahkamah Anak Negeri Beluran
Okk Abd.Rashid Bin Dundulang(Ketua Daerah)
KAN Awang Bangis Tarawie(Mukim Paitan)
KAN Juley Bin Bilak(Mukim Lingkabau)
KAN Hj.Said Bin Puyoh(mukim sungai sugut)
KAN Tasman Taha(Mukim Botition)
KK.Hj.Saruna bin Abd.Hamid
KK.Anggas Bin Amat
WKAN Abd.Rajak Bin Hj.Saliun



Creadit to http://danielsk.web44.net/?p=11
5
orang Komen entry saya.

Tolong Lah Aku !!!!

Orang Sudi Baca entry saya..tq.
*
*
*
*

*Anak belum lurus berjalan ko menambah suda ka amey???
Amboiii....cepat ko ya amey...ahhahhahaah.... :)
Syukur Alhamdullilah itu semua rezeki Allah S.W.T.. Anak2 kan Harta dunia & Akhirat..

*Aku rasa masa itu cepat betul berlalu kan?? Macam baru semalam aku melahirkan anak..tup tup skg ni pregnant lg ko amey..hahaha..
kalau dulu time belum ada anak,kunuk cakap  eeee kalau bolebole nda mau aku beranak ni..bikin takutla,sakit la kunuk..na skg suda ada anak,nahhh terusterus  plak menambah ko ar mey..tup tup skg anak 2 org suda (ontheway yg ke-3)..hahhaah...Padan Muka mu mey,sapa sruh dulu tambirang x mau beranak..wueeee :P

*Skg ni aku mac di dalam zonezone mengidam..kali ni teruk btul aku mnegidam,asal lapar @ haus mesti aku mo muntah..Pastu kalau makan,nda la plak beselera..kesian laki ku yg jadi mangsa tukang cari makanan yg aku mo makan,tp klu suda di beli,sedikit jak di makan,yg penting terasa..Sabar la syg ar..!!!& Tabiat MALAS ku plak skg makin menjadijadi..Aku malas btul mau berkerja bediri lamalama ni,aduhh..klu lama bdiri mula la isiisi dalam kepala ku ni besafel..hahha...na,Pastu,pakaian tunggu 3 jeraian baru dicuci,.mencuci pun mau 2 hari 3 mlm baru siap,pastu suda di cuci tunggu 2 hari baru di jemur...suda dijemur tunggu lagi 2 hari baru di angkat..Nasib baik mentuaku ni bkn yg suka membebel,klu nda,konfom la aku di bebel harihari kan??
Mungkin ni Tandatanda aku akan mndapat baby BOY kalik kan?? Zonezone mngidam ku kali ni mmg saaaaaaangatt memberiku tekanan,,ohhh tidakk...Tolongla keluar kan aku dari zonezone mngidam ini..aku nda larat suda..Aku rindu suda mau makan masakan mamaku & mentuaku ni..Tolonglah Akuuu !!!



P/S :: Makan limau Campur Lada...fuhhhh Sedapppp....!!!
0
orang Komen entry saya.

2 Pendrive Untuk dimenangi-Semperna Pembukaan BPCP e-Shoppe

Orang Sudi Baca entry saya..tq.
Semperna pembukaan BPCP e-shoppe di www.bpbpeshoppe.muncom.com
sertai BPCP Reward Program dan menangi 2 Pendrive Kingston Data Traveller.



Assalammualaikum w.b.t

Dah Baca Entri Di atas tu??Bestkan,..??Peluanggg tu...rugi kamu nda join...sy da join,manalah tau ada rezeki kan..kan..!!!
SyaratSyarat nya pun Tak susah jg bah,senang jak...jadi,jgn malu,jgn segan,jgn pandangpandang...ayuhhlah joinn...ada rezeki,bole dapat pendrive kingston tu..[sambil blinkblink kan mata] hehhe....

ok...assalammualaikum [tak jawab dosa]...:)
4
orang Komen entry saya.

Terima Kasih Sifu !!

Orang Sudi Baca entry saya..tq.
Assalammualaikum w.b.t

Penat & siuk Bermain dgn Code HTML ni kan..kdg2 Kepala bole jdi Pening,tapi klu Dihayati dgn betul,mmg siuk jg....hehe. :)
Belog Ku pun ada sedikit Perubahan kan?...Ni semua dari tunjuk ajar Sifu2 Hebat..kamu mo tau Sifu2 Hebat tu?kamu p tgk d tepi belog ku itu..ada tulis "Sifu Tersayang",..
Tutorial2 Dorang mmg senang mo di faham..Mcm makan gula2.(Kena mngenaaa ituu)
Tapi apa2pun "Terima Kasih Sifu"..Kamu pun bole la jalan2 pegi belog dorang,tapi jgn lupa bawa ole2..[hehe...
Oklahhh...Sambung Lagi bermain Code HTML...Assalammualaikum..{ x jawab,dosaa} :)
0
orang Komen entry saya.

Saya Anak Malaysia,Saya Anak Merdeka

Orang Sudi Baca entry saya..tq.
Assalammualaikum..

Arini kita cuticuti malaysia...
SELAMAT HARI MERDEKA SEMUAAAA !!!!!!

hahahaaha....na ambekkkk kau.. !!!!


0
orang Komen entry saya.

Tutorial Yang Banyak Membantu

Orang Sudi Baca entry saya..tq.
Assalammualaikum..



penat aku berjalan ke blogblog org..mencari tutorial utk mencantikkan blog {tp blog ku x cantikcantik juga..}hehe...
penaaattttt...


0
orang Komen entry saya.

Saya Budak Baru Belajar

Orang Sudi Baca entry saya..tq.
                memperkenalkan..my son..hhehe...
             lihat dulu pic ni sebelum sy mo berbicara


ok da tgk???tq..

Assalammualaikum olz...

sy Budak Baru Blajar Wat Blog..tp Sebenarnya i bkn bdk  lg...da jadik ibu dah...hheeheh


sy sdg blogwalking ni..nak cari blog yg ada tutorial psl nak cntikkan blog..hehhe...

tp lepas dah ciap blogwalking,sy folow u olz jg..tp folow la sy balik yaa...


ok...daaa....